Warning: Creating default object from empty value in /home/botolanggun/umnoshahalam.com/wp-content/plugins/potisen-themer/redux/redux-framework/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
3 Punca Utama BN Tewas di Selangor pada PRU 14 - Tan Sri Noh Omar - UMNO SHAH ALAM
3 Punca Utama BN Tewas di Selangor pada PRU 14 – Tan Sri Noh Omar

3 Punca Utama BN Tewas di Selangor pada PRU 14 – Tan Sri Noh Omar

Menerusi segmen Hard Truth yang dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia bersama dengan YB Tan Sri Noh Omar selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Di dalam segmen tersebut, YB Tan Sri Noh Omar ada menyenaraikan 3 punca utama mengapa Barisan Nasional tewas di Selangor pada PRU-14.

Antara puncanya adalah :-

  1. Fitnah yang dilemparkan kepada UMNO.
  2. Janji manifesto yang menarik dari Pakatan Harapan.
  3. Pertandingan 3 penjuru diantara Barisan Nasional, PAS dan Pakatan Harapan.

Jika kita lihat kembali sebelum PRU 14. Pakatan Harapan sering menghasut rakyat dengan menfitnah UMNO terutamanya kes 1MDB ke atas pengerusi UMNO iaitu Dato’ Sri Najib Razak dimana mahkamah sehingga hari ini tidak dapat menjatuhkan kesalahan keatas Dato’ Sri Najib Razak kerana tiada bukti.

Selain itu, janji-janji manis manifesto yang diberikan oleh Pakatan Harapan juga antara punca Barisan Nasional tewas kerana janji manifesto seperti menghapuskan Tol, menghapuskan hutang PTPTN dan banyak lagi janji mereka di mana Pakatan Harapan sendiri tidak mampu melaksanakannya sepanjang 22 bulan memerintah dan akhirnya janji mereka memakan diri mereka.

Faktor pertandingan 3 penjuru diantara BN, PAS dan PH juga antara punca BN tewas di Selangor di mana undi BN dan PAS berpecah.

Walaubagaimanapun menurut Tan Sri Noh Omar, kerjasama baharu yang diwujudkan diantara UMNO dan PAS iaitu Muafakat Nasional semakin menampakkan hasil di mana PRK Cameron Highland dan Semenyih sebagai bukti kerjasama ini berjaya.

Di Selangor, Tan Sri Noh Omar sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor telah bermesyuarat bersama permimpin tertinggi PAS Selangor untuk mengukuhkan kerjasama Muafakat Nasional untuk merampas kembali negeri Selangor pada PRU yang akan datang.

Manakala di peringkat bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Dato’ Shaari telah bekerjasama dengan Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani untuk merampas kembali kerusi Parlimen dan DUN di dalam Shah Alam.

Anda boleh tonton rakaman penuh segmen Hard Truth bersama YB Tan Sri Noh Omar dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares