Warning: Creating default object from empty value in /home/botolanggun/umnoshahalam.com/wp-content/plugins/potisen-themer/redux/redux-framework/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Datuk Azhari Shaari : Pentadbiran 2 bulan PN jauh lebih baik dari 22 bulan PH - UMNO SHAH ALAM
Datuk Azhari Shaari : Pentadbiran 2 bulan PN jauh lebih baik dari 22 bulan PH

Datuk Azhari Shaari : Pentadbiran 2 bulan PN jauh lebih baik dari 22 bulan PH

Sumber : MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Pentadbiran dua bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jauh lebih baik dari pemerintahan 22 bulan Pakatan Harapan dari 10 Mei 2018 hingga 24 Februari lalu.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, dalam tempoh dua bulan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memperuntukan ratusan bilion ringgit untuk membantu kebajikan rakyat, berbanding kegagalan PH menunaikan walau lima peratus janji manifestonya.

Membidas kritikan penasihat DAP, Lim Kit Siang, beliau menyatakan, selain gagal menunaikan janji, PH sering menyalahkan rakyat dengan menuduhnya pemalas dan suka bergantung kepada subsidi kerajaan.

“Tahukah Uncle Lim, pentadbiran kerajaan PN selama dua bulan adalah jauh lebih baik dari pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan.

“Dahlah janji manifesto tidak ditunaikan, malah sering pula tuduh rakyat malas dan suka bergantung pada subsidi.

“Saya yakin rakyat sudah muak dengan hasutan dan fitnah yang dilemparkan oleh PH,” katanya dipetik kenyataannya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang menyifatkan pimpinan PN sebagai lawak kelas dunia.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilaporkan berkata, PN menjanjikan pentadbiran berkelas dunia dalam satu hari, dan keesokan harinya pula menghancurkan asas pentadbiran berkelas dunia dengan menghalang penelitian dan semak imbang Parlimen.

Menurut Azhari, beliau berharap kerajaan PN sekarang meneruskan tugas diamanahkan dan bantu rakyat sedaya upaya.

“Abaikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh PH sebab rakyat sudah mengenali perangai sebenar mereka pembangkang itu,” katanya. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares