Ilmu Digital dapat menyelesaikan masalah pengangguran dan juga masalah PK

Ilmu Digital dapat menyelesaikan masalah pengangguran dan juga masalah PK

Pihak Kerajaan perlu merancang sesuatu untuk memastikan peratusan rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan pengangguran dapat ditangani.

Berdasarkan data dari Ketua Perangkaan Malaysia

“Hanya 6.2 peratus responden menyatakan kurang terkesan berbanding 52.6 peratus responden yang menyatakan sangat terkesan dari segi kewangan, ”

Angka peratusan itu bagi saya amat membimbangkan.

Tambah merisaukan saya adalah pada golongan graduan.

Golongan ini akan lebih sukar untuk menempatkan diri mereka di dalam alam pekerjaan kerana akan bersaing dengan calon yang sudah ada pengalaman.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, seramai 516,600 penganggur siswazah dicatatkan hanya pada suku pertama 2019. Suatu angka yang besar.

Antara cadangan saya adalah dengan melatih golongan graduan ini dengan ilmu digital di mana boleh dikatakan semua syarikat memerlukan kemahiran ini pada waktu ini dan akan datang.

Terdapat 900,000 PKS yang ada di Malaysia. Jika kita dapat menempatkan seorang graduan yang mahir ilmu digital di dalam setiap PKS, saya yakin kita dapat selesaikan masalah pengangguran dan juga dapat bantu SME melonjakkan perniagaan mereka di dalam norma baharu melalui dunia digital.

Di Shah Alam, saya akan usahakan program sebegini walaupun tiada peruntukkan diberi. InshaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares