Penduduk MARAH : Hutan dan Tasik di Bukit Cerakah Shah Alam Digondol

Penduduk MARAH : Hutan dan Tasik di Bukit Cerakah Shah Alam Digondol

Kerajaan Negeri Selangor perlu pelihara hutan hijau dan tasik berhampiran Perdana Heights

Kerajaan Negeri Selangor sepatutnya memelihara kawasan hijau yang ada di negeri ini terutama kawasan yang memiliki tasik semulajadi sebagai kawasan tadahan hujan.

Semalam media dalam talian melaporkan penduduk Perdana Heights di sini merasa marah dan geram apabila kawasan hijau di belakang rumah mereka digondol oleh beberapa jentolak milik syarikat dipercayai pemaju perumahan.

Segala operasi pembersihan hutan yang merupakan kawasan tadahan hujan dan terdapat tasik semulajadi telah dilakukan bermula daripada bahagian tepi jalan besar Kuala Selangor-Shah Alam berhampiran kawasan Alam Budiman.

Adalah wajar kawasan hijau dan tasik tersebut dipelihara Kerajaan Negeri Selangor sebagai kawasan hutan simpan bagi memastikan sistem ekologi terpelihara.

Selain merosakkan sistem ekologi penduduk berhampiran didakwa menjadi bertambah marah kerana proses pembersihan hutan tersebut diadakan secara tiba-tiba tanpa merujuk kepada mereka.

Saya rasa jika penduduk dirujuk dan ada papan tanda dipasang di kawasan jalan masuk boleh juga mereka membantah kepada pihak pemaju tetapi itu semua tidak dilakukan.

Senyap-senyap sahaja kerja-kerja pembersihan hutan hijau tersebut dilakukan beberapa minggu lalu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain merencatkan keindahan kawasan hijau di sekitar Perdana Heights, pembersihan hutan tersebut menyebabkan haiwan-haiwan yang mendiami hutan tersebut kehilangan habitat mereka.

Kerosakan ekosistem ini amat dikesali kerana kawasan tersebut turut didiami tapir, monyet, kera dan pelbagai spesis burung.

Berdasarkan laporan media pada tahun 2008, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md.Noor menyatakan di dalam laporan media tersebut, tasik berhampiran Perdana Heights tersebut akan dikekalkan dan projek di lereng bukit tidak akan dijalankan selaras polisi Kerajaan Negeri Selangor.

Namun selepas lebih sedekad, dikhabarkan banglo akan dibina di kawasan tanah seluas 50 ekar oleh pemaju.

Rujukan : FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

shares